Corporate Information

 

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-93178) , ianya merupakan rangkaian usahawan muslim melalui perniagaan secara online yang menggunakan kaedah sistem affiliate dan pemasaran bertingkat (Multi Level Marketing). Istimewanya, sistem MLM yang digunakan oleh Stormreaders Network Sdn Bhd adalah berlandaskan Patuh Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Sebaik sahaja sistem affiliate dan MLM berlandaskan Patuh Syariah ini dilancarkan, kini Stormreaders Network bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru, malah turut mengedarkan produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, MustRead,Galeri Ilmu, Kemilau Publika, PTS dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK SDN BHD akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.

Vision and Mission Company

 

VISI SYARIKAT

Membangunkan ummah dengan menjadi peneraju perniagaan bersyariatkan Islam yang unggul di samping mewujudkan masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak mulia.

MISI SYARIKAT

    • Mewujudkan rangkaian usahawan muslim melalui perniagaan secara ‘online’ dan ‘networking’yang menepati garis panduan syari’ah dan undang-undang.
    • Mewujudkan kesedaran pembudayaan ilmu bermula dari diri, keluarga dan masyarakat
    • Menyediakan peluang perniagaan yang islamik sebagai alternatif yang jauh dari unsur syubahat dan haram.
  • Menyediakan ruang dan peluang untuk turut serta dalam mengajak kepada kebaikkan melalui mekanisma ilmu.
  • Menyediakan peluang menjana dan memperoleh pendapatan tambahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana

Membantu mengembangkan produk-produk bumiputera yang berpotensi untuk dipasarkan

Syari’ah Compliance

 

Aktiviti perniagaan dan segala yang berkaitan dengannya yang memiliki status patuh syaria’h bukanlah hanya sekadar memaparkan perkataan ‘Patuh Syaria’h’ pada laman sesawang atau bahan-bahan promosi, atau kefahaman peribadi pengusaha yang dibaca dari mana-mana garis panduan. Ianya haruslah datang dengan pengesahan daripada tokoh ilmuan yang layak dan boleh dipertanggungjawabkan.

Penasihat syaria’h ini haruslah dilantik secara rasmi, mempunyai akses dan ‘authority’ dalam semua aktiviti perniagaan yang berkaitan. Penasihat syari’ah haruslah sentiasa dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam aktiviti perniagaan supaya sentiasa di dalam garis panduan. Stormreaders Network telah melantik tokoh dan ilmuan yang tidak asing lagi di dalam sistem ekonomi islam dan sangat prihatin iaitu Dr. Zaharuddin Abdul Rahman di samping Dr. Zahazan Mohamed untuk memantau dan memastikan perjalanan aktiviti perniagaan sentiasa di dalam garis panduan.

Alhamdulillah, langkah yang diambil oleh Stormreaders untuk tidak membuat apa-apa aktiviti perniagaan selama 2 tahun (2007-2008) sebelum mendapat pengesahan daripada penasihat syaria’h dan lesen jualan langsung daripada kementerian telah melahirkan sebuah perniagaan yang sempurna walaupun agak terasing daripada perniagaan ‘multi-level’arus perdana ketika itu – ‘Pioneer’ jualan bahan-bahan ilmiah secara ‘multi-level marketing’.

  • Penilaian Hukum Syariah Bagi Pelan Pemasaran

AJL Multilevel License

 

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis dolore te feugait nulla facilisi. Nam liber tempor cum soluta nobis eleifend option congue nihil imperdiet doming id quod mazim placerat facer possim assum.

sijil-panel-syariah-5b84aaaf20 lesen ajl 2012-442d226761 ssm-43e41eb911